Monday, May 6, 2013

Apakah perbezaan antara AP set & Original set?



"Original set": Set telefon bimbit yang dijual di Malaysia melalui PENGEDAR SAH (authorized distributor) seperti Samsung Malaysia untuk telefon bimbit Samsung, SiS untuk teleofon bimbit HTC dan Brightstar untuk telefon model Blackberry. Kebiasaannya telefon-telefon ini mendapat "warranty" selama 12 bulan atau setahun dari pengedar-pengedar tersebut yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
               

"AP set" (Authorized product):  AP Telefon bimbit yang SAMA KUALITInya dengan "original set" serta diimport dengan KEBENARAN kastam, yakni TELAH DICUKAIKAN oleh kastam dengan mendapat APPROVAL PERMIT. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Jika set yang dijual adalah AP ORIGINAL kebiasaannya IMEI no pada telefon bimbit dan pada kotak adalah sama dan kualiti telefon adalah sama seperti tiada perbezaan langsung dengan yang original melainkan "warranty" sahaja.Tempoh jaminan pula adalah antara 12 bulan sehingga 24 bulan.

Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang  diberikan bukanlah jaminan daripada Samsung Malaysia, Brightstar atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.